Thursday, July 10, 2025

Sampaikan salam rinduku kepadanya


Sayang 
Sejak kau pergi
 Separuh dari nyawaku telah kau bawa bersama 
Jasadku yangku yang tinggal meratapi pemergianmu 
Aku bagaikan hilang pedoman 

Hari- hari yang ku lalui terasa Sunyinya tanpa kau di sisi 
Terkadang aku merasakan kau melihatku 
Tapi bila aku mencarimu 
Aku tak tau di mana 
Sakitnya menahan rindu ini 
Sukar untukku terjemahkan dengan kata- kata 

Separuh hatiku merelakan pemergianmu 
Bila ku saksikan penderitaanmu 
melawan setiap inchi kesakitan
 Tapi separuh lagi jiwa ku 
menahan kepedihan ditinggalkan 

Saatku mengiringi pemergianmu
 Aku masih mengharap kau kembali 
Saat aku mengucup pipi lesumu 
Aku menantikan pelukan mesramu 

Sayang 
Maafkan aku kerana tidak ikhlas 
melepaskan pemergianmu yang abadi 
Kerana 
aku tidak sehebat Siti Khadijah 
dan kerana aku bukan wanita sempurna



No comments:

Post a Comment