Bermulanya di sini ...
Thursday, July 10, 2025
Sampaikan salam rinduku kepadanya
Wednesday, July 9, 2025
Jika ini ujianmu... tabahkanlah hatiku
Dramanya seolah tak berpenghujung.
Hari-hari ada saja yang “tak boleh”, yang “tak betul”
Tapi bila dia yang buat,
Tiba-tiba segalanya jadi boleh.
Peraturan dilanggar, alasan direka,
Dan kita yang melihat, hanya mampu senyum kelat.
Lawak... tapi pahit.
Hadap sajalah - walau tak pasti sampai bila
aku mampu bertahan dan menelan semuanya.
Dah memang macam tu lumrah agaknya.
Aku ni jenis ‘lurus bendul’,Hinggakan suami aku pun gelar aku ‘tiang bendera’.
Wahai insani
Hidup ini cuma seketika,
Nikmatilah ia tanpa topeng kepalsuan.
Kerana kepura - puraan itu,
Cepat atau lambat, akan terdedah jua.
Tak perlu jadi plastik,
Kerana kebenaran itu indah,
Walau adakalanya - menyakitkan.
Tapi percayalah, ia membebaskan.
Dan aku, biarlah terus jadi ‘lurus bendul’,
asalkan hatiku tenang,
tidurku lena,
dan aku tak perlu berpura-pura untuk diterima.
Sebab pada akhirnya,
bukan manusia yang menilai aku,
tapi Dia yang Maha Mengetahui segalanya.
